Wednesday, December 11, 2013

INGREDIENTS: Tongkat Ali, Guarana dan Maca

1) Tongkat Ali

Strong Man Coffee mengandungi Tongkat Ali sebagai salah satu bahan penting dalam pembuatannya.

















Ni la dia rupa anak pokok Tongkat Ali. Kalau dekat habitat asal dia, cepat sikit dia membesar sebab hidup dibawah teduhan pokok-pokok besar. Mungkin mencapai garispusat 6 inci dalam beberapa tahun sahaja. Tapi kalau kat kawasan bandar dan terdedah pada kepanasan, pokok ni lagi lambat membesar, lebih kurang 3 inci diameter untuk usia 7 tahun! Oleh sebab terlalu lambat pertumbuhannya, rasanya tak sesuai untuk ditanam secara perladangan. Sehingga sekarang majoriti Tongkat Ali yang dikomersialkan disini diperolehi dari hutan hujan Malaysia.

Pokok Tongkat Ali tumbuh tanpa dahan dan berakar tunjang. Walaupun perlahan ia mampu tumbuh sehingga ketinggian 15 meter. Daunnya tebal dan kalau kita renyukkan daunnya, daun tu tak pecah. Kalau kita koyakkan plak, daunnya berstruktur berserat halus. Bahagian yang digunakan untuk mendapatkan ekstrak Tongkat Ali ialah bahagian akar sahaja. Pada batang dan daun juga terdapat bahan aktif tetapi sangat sedikit.

Kandungan bahan aktif yang terdapat pada Tongkat Ali ialah Glycosaponin,Eurycomanone dan Eurypeptides. Kesan positif bahan ni kepada manusia ialah sebagai penambah hormon testosteron selain meningkatkan kekuatan otot. Selain tu Tongkat Ali juga digunakan untuk merawat penyakit pening kepala, kurap, bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida.


PROSES MENDAPATKAN EKSTRAK TONGKAT ALI

Proses untuk mendapatkan ekstrak tulen tongkat ali ialah dengan pengekstrakan(extraction), dalam bahasa kampung, merebus akar Tongkat Ali. Kandungan Ekstrak Tongkat Ali yang diperolehi sebenarnya sangat sedikit. walaupun air rebusannya banyak.

Kandungan aktif dan solid content yang terdapat dalam 100 kilogram akar Tongkat Ali adalah hanya sekitar 4.5-6.5 kilogram sahaja. Hasil sebenar Ekstrak Tongkat Ali adalah dalam bentuk debu(powder) yang larut air dan tidak meninggalkan sebarang mendakan. Kalau ada mendakan maknanya ada habuk akar Tongkat Ali yang diproses sekali.

Dari proses mendapatkan akar sehingga terhasil Ekstrak Tongkat Ali tulen, terdapat beberapa peringkat penting. Akar Tongkat Ali dimesin menjadi bentuk cip-cip halus untuk memaksimumkan perolehan kandungan aktif. Cip-cip tadi akan dimasak pada suhu tertentu selama beberapa jam menggunakan air bertapis. Ada sesetengah pengeluar menggunakan etanol untuk mendapatkan lebih ekstrak tetapi hasilnya dikhuatiri akan mendatangkan mudarat kepada pengguna.

Setelah dimasak, air rebusan Tongkat Ali ditapis sehingga jernih(berwarna seperti air teh O) untuk menyingkirkan habuk-habuk kayu dan melalui proses concentration(pemekatan). Kadar solid content yang asalnya sekitar 0.8-1.0% akan ditingkatkan sehingga 35-40%.Kepekatan ini adalah memadai untuk melalui proses seterusnya.




Peringkat seterusnya ialah pengeringan, tetapi bukan pengeringan biasa. Dalam industri makanan, biasanya ekstrak dikeringkan menggunakan kaedah Spray Dry. Kaedah ini menggunakan hembusan udara panas yang akan mengeringkan titisan-titisan halus ekstrak.

Tetapi untuk Tongkat Ali, kaedah ini tidak sesuai kerana kepanasan suhu yang digunakan akan merosakkan kandungan bahan kimia aktif didalam Tongkat Ali.cara terbaik adalah menggunakan kaedah Lyophilisation (Freeze Dryer). Cecair Tongkat Ali akan dikeringkan pada suhu sehingga -76 Celcius sehingga kristal-kristal air akan terpeluwap dan disingkirkan dari Solid Content. Hasilnya adalah ekstrak Tongkat Ali yang mengandungi kelembapan sekitar 2-4% sahaja (bergantung kepada kecekapan dan tuning resipi pada Freeze Dryer). Prosesnya memakan masa sehingga 3 hari. Maka terhasillah ekstrak Tongkat Ali dalam bentuk biskut yang rapuh dah dikisar sehingga menjadi debu-debu halus.

Oleh kerana prosesnya berperingkat, bahan mentah yang mahal dan peralatan yang juga sangat mahal, maka Ekstrak Tongkat Ali tulen sangat mahal.

Apabila dijadikan kapsul, hanya beberapa peratus sahaja kandungan ekstrak Tongkat Ali yang digunakan.Ini adalah kerana kesesuaian tubuh manusia untuk penerimaan kandungan bahan aktifnya.Terlebih dos mungkin mendatangkan ketidakselesaan perut dan badan menjadi panas. Kemungkinan juga tekanan darah akan meningkat.

Oleh itu jangan disalah anggap sekiranya pengilang hanya meletakkan peratus tertentu. Yang paling penting dapatkan maklumat mengenai pengilang dan latar belakang syarikat yang menghasilkan produk Tongkat Ali. Jangan membeli produk yang berharga murah kerana kemungkinan dicampurkan filler (bahan penambah seperti maltodextrin:berasal dari jagung) yang berlebihan dan termasuklah habuk-habuk Tongkat Ali. Ada juga syarikat yang meletakkan ekstrak Tongkat Ali terlalu sedikit sehingga tidak mendatangkan kesan langsung pada tubuh.


Dr.Ismail Tambi,Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif




2) Guarana

Picture


Dalam kajian botani, Guarana ditemui buat kali pertama pada Zaman Pertengahan di dalam hutan hujan Amazon (terutamanya dari kawasan Manaus dan Paratins). Ia tergolong sebagai species P. Cupana. Pemanjat tropika ini merupakan pohon saka bertangkai yang hidup dengan memanjat sehingga 12 meter tinggi pada pokok besar hutan Amazon untuk mencapai cahaya matahari.Pada tahun 1821, ahli botani Dr. Bavplana dan Dr. Humboldt, menamakan tumbuhan ini sebagai Paullina Cupana. Orang asli Amerika pada mulanya menamakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok Paullina Cupana sebagai Guarana. Mengikut budaya orang asli Amerika, pokok Paullina Cupana merupakan warisan penting yang harus diturunkan daripada generasi masa depan. Orang asli Amerika menganggap Paullina Cupana sebagai sejenis pokok suci. Nama harum pokok suci ini boleh disusur galuri sejak zaman peperangan. Pada ketika itu orang asli Amerika menguyah biji benih Guarana untuk menguatkan badan mereka.

Di sepanjang kawasan Amazon, terdapat sebuah "Bandar Umur Panjang" bernama Maues yang terkemuka, yang mana purata jangka hayat populasinya melebihi umur 80 tahun. Oleh yang demikian, Maues telah dikenali sebagai Bandar Umur Panjang. Pemeriksaan teliti yang dibuat oleh para sarjana telah membawa kepada penemuan rahsia umur panjang ini. Rahsia ini adalah sejenis tumbuhan bernama Guarana yang terdapat di Maues. Selain mempunyai pemahaman yang mendalam terhadap kuasa ajaib Guarana, para penduduk di Maues dikurniakan kesihatan dan usia panjang.

Dikatakan apabila penduduk tempatan pergi memburu di dalam hutan, mereka akan membawa bersama biji benih Guarana untuk dikunyah. Dengan berbuat demikian, mereka tetap cergas biarpun tidak makan apa-apa pada hari keesokannya. Orang asli di Maues sebenarnya lebih kuat daripada oran g asli di tempat la in dari segi stamina, jasmani dan rohani. Mereka menggelar Guarana sebagai ubat awet muda. Kajian menunjukkan bahawa biji benih Guarana adalah sumber tenaga utama yang mempunyai fungsi menyembuh yang unik. Oleh yang demikian, orang asli Amerika menganggap biji benih Guarana sebagai "permata" bernilai tinggi yang boleh memberi kesihatan dan usia panjang.

Nutrition Values:

Guarana mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Pada masa sekarang, ia dianggap sebagai sejenis herba sedia ada yang telah dikenali pasti mempunyai nilai khasiat tertinggi. Ia kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine. Semua ini membantu penyerapan oleh tisu badan dan pengawetan kemudaan. Ia sesuai bagi sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina atau umur. Tambahan pula, ia mudah diserap oleh badan manusia dan dengan itu menjadi makanan kesihatan fungsian yang dapat bertindak pantas. Inilah antara pelbagai ciri Guarana yang unik.


The Main Nutrients of Guarana:
Minerals : Potassium, Phophorus, Calcium, Iron, Zinc.
Vitamins Vitamins B1, B2, B6, B12, E.
Amino Acids Leucine, Lysine, Tyrosine, Methionine, Tryptophan, Valine, Cystine, Alanine, Glutamic acid, Lysleucine, Serine, Arginine, Proline, Glycine, Histidine,                          Phenylalanine, Aspartic acid.
Guaranine : Tannin, Theine, Carbohydrates.

Recommendations By Professionals
French scholar Gonseiu Duhhjafa mentioned in a report entitled The Products of Guarana (Guarana, O Produto) that: "Guarana is 100% organic. It contains a variety of organic substances such as guaranine and tannin. All these are beneficial to the human body, resulting in its gaining the reputation as the elixir of youth. It is rich in guaranine that is absorbable to human body at a gradual rate. The U.S. Food and Drug Administration (FDA), as well as the Institute of Pasteur, have recognized Guarana as a natural health food".

Dr. Berredo Carneiro of Brazil, European scholars such as Dr. Martins Deehastelus, Peekalt Greene and Dr. Nirsleiner unanimously confirm in their research findings that: "Guarana has unique wonderful efficacies. It has diuretic and febrifuge effects, good for the stomach and intestines, apart from enhancing digestion, nutrients absorption and sexual ability. It also promotes metabolism of the body organs and improves the tissues of internal organs."


Fungsi

Guarana bertindak sebagai
Analgesia : Mengurangkan kesakitan.
Antiseptic : Mencegah jangkitan.
Afrodisiak : Mengembalikan keupayaan dan nafsu seks.
Astringen : Mengurangkan rembesan badan
Bronkodilator : Memudahkan pernafasan.
Astringen : Mengurangkan rembesan badan.
Bronkodilator : Memudahkan pernafasan.
Kardiotonik : Menguatkan jantung.
Agen hipotemia : Meredakan demam.
Nervine : Menguat dan menyempurnakan fungsi sistem saraf.
Pencahar : Mengosongkan kandungan usus.
Perangsang : Merangsangkan kegiatan otak dan badan.
Tonic : Menguatkan badan serta menghindari penyakit, terutamanya penyakit kronik.


Guarana membantu mereka yang menghadapi

•  Sindrom kelesuan yang kronik
•  Mental dan fizikal lemah
•  Kesukaran bernafas
•  Sistem ketahanan badan yang lemah
•  Fungsi seks yang tidak sempurna
•  Demam
•  Jangkitan
•  Keresahan
•  Tekanan
•  Cirit-birit
•  Kesakitan
•  Penuaan
•  Pencemaran dan pembekuan darah
•  Kegemukan
•  Sakit perut kerana makanan tidak hadam
•  Arteriosklerosis
•  Masalah merokok
•  Kesakitan kedatangan haid


Kenapa Perlunya Guarana pada Tubuh Kita

Guarana mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Pada masa sekarang, ia dianggap sebagai sejenis herba sedia ada yang telah dikenali pasti mempunyai nilai khasiat tertinggi. Ia kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine. Semua ini membantu penyerapan oleh tisu badan dan pengawetan kemudaan. Ia sesuai bagi sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina atau umur. Tambahan pula, ia mudah diserap oleh badan manusia dan dengan itu menjadi makanan kesihatan fungsian yang dapat bertindak pantas. Inilah antara pelbagai ciri Guarana yang unik.

Antara 15 Masalah UTAMA  kesihatan
Zat-zat yang terdapat dalam Guarana mendatangkan kesan-kesan yang mengkagumkan dan telah memberi manfaat kepada mereka yang pentingkan kesihatan di seluruh pelusuk dunia. Secara ringkasnya, Guarana dapat menbantu mencapai 15 jenis kesihatan berikut:

1. Menghalang saluran darah jantung daripada tersumbat
Institut kardiologi Sao Paula menyatakan pada Persidangan Perubatan Antarabangsa (International Medical Conference) bahawa Guarana mempunyai kesan ke atas platelet darah. Ia dapat menghalangkan saluran darah dari tersumbat akibat pembekuan.

2. Memerangi Radikal Bebas
Radikal bebas dihasilkan dalam system saraf, system imun dan system aliran darah. Kadang-kadang radikal bebas ini boleh merosakkan struktur utama sel-sel badan. Menurut buku “Escola Paultsa Be Medieina,1991” karangan Dr. Calini, Guarana boleh menghalangkan radikal bebas dan mencegah berlakunya mutasi sel.

3. Mengaktifkan sel-sel dan system saraf
Sel-sel otak boleh menyerap asid amino yang terdapat dalam Guarana dengan mudah. Hasilnya dapat mempertingkatkan keupayaan otak, memperbaiki tahap kecerdikan, ingatan dan melambatkan penuaan sel-sel otak. Ia mujarab untuk merawat kesan-kesan yang timbul akibat saraf optic yang lemah dan juga angin ahmar. Ia juga dapat melegakan sakit kepala, sakit saraf, sakit sendi, lemah semangat dan simpton-simpton lain.

4. Memperbaiki system penghadaman
Guarana mengandungi pelbagai jenis enzim yang dapat memperbaiki pergerakan perut dan usus, penghadaman dan penyerapan zat-zat makanan. Ia juga berkesan menghentikan sembelit dan cirit-birit.

5. Melindungi hati
Guarana sentiasa mengaktifkan sel-sel hati untuk mencegahkan keracunan makanan, keracunan alcohol, pengerasan hati (cirhosis), asid lemak dan lain-lain. Ia juga berkesan bagi menghilangkan kesan peluh, jerawat, kepenatan, strok panas dan bau nafas.

6. Menyegarkan
Asid Benzedrin dan tryptophan mempunyai fungsi penyegaran yang hebat. Guarana adalah berbeza dari alkaloid kopi dan tea. Ia menghilangkan keletihan tanpa menyebabkan kesan sampingan dan ketagihan.

7. Merendahkan kolesterol dan asid lemak
Guarana boleh menguatkan dinding saluran darah, menghalang antherosclerosis, membersihkan ketumpatan darah, membaiki tekanan darah, mengimbangkan glukosa dan mencegahkan penyakti kencing manis. System penjanaan darah yang diperkuatkan dapat memperbaiki aliran darah, melegakan anemia dan menghindarkan kesejukan kaki dan tangan, pening, migrain dan keguguran rambut.

8. Menguatkan system imun
Penyelidikan oleh pakar menunjukkan unsur utama yang digunakan untuk menghasilkan antibody adalah protein. Dengan bertambahnya daya imun, kemungkinan diserang oleh virus akan berkurangan- sama seperti orang asli di Maues yang dapat hidup lama dalam keadaan lasak berbanding orang lain.

9. Awet muda
Dr. Ana Aslan mendapati penduduk di Amazon yang memakan Guarana setiap hari tidak menghadapi masalah kulit yang kedut, bintikan merah (acne), mempunyai otot yang lebih tegang dan tidak menghadapi masalah tisu kulit berbentuk sarang lebah (phlegmon) dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan penjagaan kulit.

Dr. Gomes menyatakan bahawa Guarana boleh merangsangkan hati untuk menghasilkan HDL yang dapat membantu membersihkan darah yang ada dalam arteri dari kolestrol, menghindarkan rasa lemah dan mengelakkan dari cepat tua.

Guarana merangsangkan metabolisma organ dalaman, menjadikan badan dan otak sentiasa dalam keadaan sihat.

10. Air kencing
Tanin berkesan untuk melawaskan kencing, menguatkan fungsi buah pinggang dan mencegah bengkak-bengkak.

11. Menguatkan keupayaan seks
Pakar rawatan seks, Dr. Aslan menyatakan “Unsur awet muda dalam Guarana sangat mengkagumkan dan sebab itulah saya tidak memerlukan preskripsi rawatan seks yang ada pada saya”
Beberapa orang professor di Brazil dan Eropah sependapat bahawa Guarana mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kekuatan badan dan keupayaan seks. Ini kerana ia mengandungi vitamin B1, zink dan arginin.

12. Penjagaan kulit dan kosmetik
Guarana apabila digunakan luaran, zat-zatnya akan meresapkan masuk menerusi kulit, menggalakkan metabolisma kulit, mengecutkan lubang kulit dan membuat kulit kelihatan lembut dan licin.

13. Mengurangkan bengkak dan menghentikan pendarahan luaran
Tanin berfungsi membekukan darah dan seterusnya dapat mencegahkan bengkak, bisul dan menggalakkan kadar penyembuhan yang cepat tanpa meninggalkan parut.

14. Menghilangkan rasa lapar
Untuk mengurangkan berat badan, memakan Guarana untuk jangka masa yang panjang membolehkan seseorang itu rasa ceria tanpa menyebabkan ketagihan kepada Guarana.

15. Menguatkan badan
Memberi lebih tenaga, lebih kuasa imun, minda yang cerdas, semangat yang lebih baik dan badan yang lebih sihat. Jika dimakan pada waktu malam, ia dapat menguatkan nafsu seks.


FAQ

Apakah itu Guarana?
Guarana dihasilkan daripada biji tumbuhan menjalar yang berasal dari Amazon, Brazil. Buahnya adalah bulat, kecil, berwarna merah terang dan berkelompok.
Apabila ia masak, buah akan merekah dan biji hitam akan tersembul keluar seolah-olah rupa biji mata.

Apakah kandungan bahan utama dalam Guarana?
Guarana mengandungi Guaranine, hipoxanthine, proanthocyanidins, asid salisilik, tanin, theobromine, theophylline, xanthine. Asid amino, kalium, fosforus, kalsium, zat besi, zink. Vitamin B1, B2, B6, B12, E. Adenin, guanin, kolin, glukosa, musilaj, asid nikotinik

Apakah bahan kandungan aktif dalam Guarana?
Bahan kandungan aktif Guarana adalah bahan alkaloid guaranine, theophylline dan theobromine. Dari sudut kimia, bahan alkaloid ini tergolong dalam kumpulan xanthine yang mana guaranine dikenali sebagai kafein semula jadi (tetramethilxanthine), theophylline (1,3–dimetilxanthine) dan theobromine (3,7– dimethylxanthine). Selain itu, kandungan lain termasuklah tanin, saponin, minyak dan lemak semula jadi yang bertindak secara sinergistik untuk memberi kesan Guarana yang tersendiri.

Bagaimanakah Guarana bertindak?
Peranan utama kumpulan xanthine ini adalah sebagai penenang otot (merenggangkan) dan mempunyai kesan diuretik, selain bertindak sebagai perangsang terhadap sistem saraf utama dan sistem peredaran darah. Walaupun secara kimia ia menyerupai kafein (trimethylxanthine) tetapi kesan fisiologinya telah berubah. Kesan kafein seringkali menguja dan memanaskan badan keterlaluan dan membekalkan tenaga yang mendadak dalam tempoh masa yang singkat. Ini tidak didapati pada Guarana kerana bahan-bahan lain di dalamnya mengubah aktiviti kumpulan methylxanthine ini. Tambahan pula, Guarana merangsang dan mengembalikan kecergasan sambil memberi kesan menenangkan keseluruhan sistem badan. Ini disebabkan guaranine yang berpotensi tinggi dibebaskan secara perlahan-lahan apabila kandungan lemak asli dileraikan dan dicernakan yang memberikan tempoh pembebasan yang berjam-jam lamanya (kadar penyerapan yang perlahan).


3) Maca




Kopi Jantan Tradisional Mengandungi 'Maca'... Terbaik Untuk Kesihatan Anda.
Apa itu MACA?

MACA adalah sejenis ubi yang tumbuh pada 12,500-14,00 kaki dari aras laut di atas Banjaran Gunung Andes Plateaux, Peru. Maca telah ditemui oleh seorang doktor wanita, iaitu Dr. Chacon.

Maca adalah satu-satunya tumbuhan yang boleh hidup pada ketinggian tersebut berikutan keadaan suhu yang terlampau : terlalu panas pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam. Tanah tempat tumbuhnya Maca mempunyai kandungan garam galian yang tinggi menjadikan tumbuhan Maca kaya dengan khasiat nutrisi, keperluan asid amino dan asid lemak penting.

Tumbuhan Maca ini tergolong dalam spesis kentang. Warna kulitnya seakan-akan sama seperti kentang, tetapi bentuknya seperti lobak besar. Maca mempunyai rasa manis. Di Peru, Maca digunakan dalam pelbagai cara : mentah, dibakar atau dikeringkan. Masyarakat Peru membuat biskut, tart, emping dan minuman menggunakan Maca. Di Eropah dan Amerika Utara, Maca lebih dikenali dalam bentuk kering, kapsul atau gelatin. Akar Maca boleh dikeringkan dan diproses, dimana ia boleh disimpan selama beberapa tahun lamanya.

Adakah MACA Sejenis Ubat?

Maca bukan sejenis ubat. Maca merupakan makanan bernutrisi yang berkhasiat tinggi dengan ciri-ciri perubatan. Masyarakat populasi tempatan telah menggunakan tumbuhan ini sejak beribu tahun. Sehingga ke hari ini, masyarakat Peru menggunakan Maca sebagai sumber tenaga sepertimana negara-negara lain di Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah. Maca lebih dikenali sebagai "Peruvian Viagra" atau "Peruvian Ginseng" kerana ia membantu meransang libido (tenaga seksual) lelaki dan wanita. Walaubagaimanapun Maca mempunyai banyak khasiat lainnya. Maca merupakan 100% produk semulajadi yang tidak mempuyai kesan sampingan negatif.

MACA vs Viagra

Untuk lelaki dan wanita, Maca digunakan sebagai makanan tambahan yang bersifat semulajadi, menyegarkan dan meransang libido (tenaga seksual). Oleh sebab itu, tumbuhan ini mempunyai gelaran "Peruvian Viagra" atau "Peruvian Ginseng".

Sejak Viagra diperkenalkan, banyak produk keluaran lain yang turut menembusi pasaran. Kesemuanya bertujuan untuk meningkatkan keupayaan seks. Tidak kurang juga ada di antara produk-produk ini yang kekurangan bukti saintifik terhadap keberkesanannya. Walaubagaimanapun, Maca mempunyai bukti saintifik yang kukuh terhadap kaedah penggunaan dan keberkesanannya.

Orang ramai sering memanggil Maca sebagai Peruvian Ginseng atau Viagra Semulajadi. Untuk mengelakkan dari salah faham, jadual di bawah menunjukkan perbezaan di antara Maca dan Viagra.

1:Maca sesuai untuk lelaki dan wanita -Viagra hanya untuk lelaki sahaja.
2:Maca berkesan untuk jangka masa panjang -Viagra berkesan dengan cepat tetapi hanya untuk jangka masa singkat.
3:Maca meningkatkan stamina tubuh dan memberi tenaga -Viagra tidak memberi fungsi kecergasan.
4:Maca merupakan 100% semulajadi dan ogranik -Viagra merupakan produk kimia
5:Maca memberi kesan menyeluruh pada tubuh -Viagra tidak memberi kesan menyeluruh pada tubuh.

Nilai Nutrisi Di Dalam MACA

Carbohydrate : 59%, Lipids : 2% ,Proteins : 14% ,Minerals, Vitamins & Others : 16%,Fiber: 9%.

*Carbohydrate Membekalkan tenaga pada sel otot dan mencegah kelesuan otot
*Meresap ke bendalir seminal untuk memberi tenaga kepada spermatozoids
*Meningkatkan tahap aktiviti spermatozoids
*Proteins Mencegah kemandulan pada lelaki dan wanita kerana asid amino adalah juzuk sel pembiakan
*Lipids Mencegah kemerosotan keinginan seks dan disfungsi seks yang berkaitan dengan kekurangan hormon. Asid lemak diperlukan untuk sistesis hormon
*Fiber Mencuci saluran penghadaman. Memperbaiki penyerapan nutrien
*Minerals Diperlukan dalam penghasilan tenaga dan pembentukan tulang
Vitamins Diperlukan dalam penghasilan tenaga, pengeluaran hormon dan memperbaiki fungsi kardiovaskular (jantung)
*Alkaloids Merangsang sistem pembiakan untuk kedua-dua lelaki dan wanita
*Merangsang aturan kalsium dan fosforus. Mengukuhkan tulang
*MACA sterols Meningkatkan kesuburan wanita dan memperbaiki masalah menopause.




"Sama-sama minum, sama-sama powerrr"
BRAVOOOOOOOOOO !!!!!!!!!!!!



- REAL MAN COFFEE -